Skip to main content

Rejab

Just want to share something that I read from my dear friend Lyn's Blog. I didnt know anything about Rejab until I read her blog. Thank you, Lyn! :)


Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud: "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."


Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.


Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud:


("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit: "Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")


Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: 


("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata: "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")


Niat puasa bulan Rejab ialah : "Sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala".
Demikianlah satu amalan yang baik untuk diamalkan di bulan Rejab, bulan terbukanya pintu langit dan terbukanya pintu syurga. Sama-samalah kita merebut peluang ini dan semoga amalan kita akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.


Ya Allah :')

Jom kita share!

x

Comments

Popular posts from this blog

Pantang Raya be like...

First, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin everyone! The day that we love so much every year after our own birthday, I guess. Hehe. I love raya, not only we get to wear pretty kurungs and show it off (well sorta) but I get to meet up with my dear bestfriend, eat lemangs ketupats, cake and drink lots of air gas (carbonated drinks). Well, we used to get angpaus too but as we grew older well in my case I'm married with two kids goodbye angpau.  I still don't get tooooo excited for raya as I'm turning older and older, but I still want to raya but if you're having pantang raya you'll never feel the raya vibes. Ever. I've told my husband, I don't want give birth on raya or puasa ever. Period. Bammmmm! Things that you never wanted to happen just happen. How magical is that? You just can't plan everything, you have to suck it up and move on. I still can eat those ayam masak merah, daging masak kicap and all except for lemangs, puluts, ketup...

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin to all Muslim around the world :-) It's been a month plus since my last post here. I've been superrr busy during Ramadhan with my chocolate moist and popia sayur, but syukur Alhamdulillah. Since I have time for one post tonight, here's some pictures during my first raya. This my family. My little family. With my mak. My siblings wear salmon/peach today. Boooo sik tunggu org lagik!  With my childhood bestfriend/cousin. Be strong my dear, Allah is always with you. Al Fatihah to Udak Jess. With hubby :-) Behind the scene.  That's all for day 1. Have a nice day ahead people! :-)

Memories never fade

So I just read Namee's blog. It's about marriage. She is right about everything but you know what it is wonderful experience :) Every moment is priceless.  From being Yes I love you, boyfriend. Everyday is about wanting to see him, to text all day long & had dates every weekends. Just lovely... Until he suddenly pooped the question, Yes I do. Set the date, the perfect time just you, him and families.  Then,booommmm you got pregnant. Scared as hell but excited. Frankly speaking, it sucks. You can't sleep well at night, you want to pee like every freaking 5 minutes and you forgot there is a baby in your tummy. I do. The hardest part was searching for baby's name. It is freaking so hard. I really really want a baby girl.  You saw your little one for the first time! Tiny little person crying so hard and you actually cried when you saw his face. My baby looks chinese when I saw him for the first time. Yes he as in a baby boy. So, named him Adam Irfan. ...